Monday, May 5, 2014

Cara menanam cili padi/cili kampong

CARA-CARA MENYEMAI

1. Dapatkan benih cili padi dengan membeli anak benih dari kedai atau tanaman yang sedia ada.

2.Cili padi tersebut hendaklah di kering kan terlebih dahulu dengan cara di jemur di bawah cahaya matahari.

3.Setelah kering cili tersebut hendaklah dipecahkan untuk mengeluarkan bijinya dan kemudian direndam didalam air lebih kurang 4 jam .

4.Kemudian ianya di toskan dan dikeringkan di kawasan yang teduh dan kemudian di biarkan selama 2 hari supaya ianya betul-betul kering dan disimpan didalam bekas yang kedap udara seperti botol yang bertutup.

5.Dapatkan tanah bakar yang telah di simpan selama seminggu(ini perlu kerana tanah bakar yang baru akan mengakibatkan pokok tanaman menjadi kering kerana ianya masih panas)

6.Dapatkan baja organik dan tanah pasir(baja organik terdiri dari baja asli seperti tahi ayam,itik atau lembu)

7.Sediakan bekas untuk penyemaian biji benih dengan mendapatkan bekas seperti tin minyak yang telah dibelah 2 dan ditebuk di bawah permukaanya(tin perlu ditebuk menggunakan paku untuk mendapatkan permukaan yang berlubang supaya air dapat mengalir keluar semasa proses penyiraman biji benih).

8.Bahan seperti tanah bakar,baja organik dan tanah pasir hendaklah dicampurkan didalam bekas tadi dan kemudianyan disiram supaya ianya lembap(campuran tersebut mengikut nisbah 1:1:3 )

9.Biji benih yang telah disediakan hendaklah ditabur dipermukaan tanah tersebuh dan kemudianya di siram tiap-tiap hari dan hasilnya akan nampak setelah seminggu.

CARA MENANAM

1.Biji benih yang telah tumbuh itu hendak lah di biarkan selama 1 bulan di dalam bekas semaian sehingga mencapai ketinggian 150cm atau 6 inci.

2.Kemudian iaya hendaklah dipindah kan kedalam polybag yang di isi dengan campuran seperti penyediaan tapak semaian,setelah dipindahkan ianya hendaklah disiram setiap hari sehingga dewasa dan kemudianya barulah dipindahkan ke kawasan tanaman atau kedalam pasu besar.

3.Cili padi adalah sayuran yang perlu untuk semua masyarakat dalam penyediaan makan harian mereka oleh itu disamping untuk keguaan sendiri kita juga boleh memasarkanya untuk pendapatan sampingan.


KOPIPES : www.ridzalmersing.com


SERANGAN KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH


Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil)
Cara: Semburkan pada daun
Alternatif:
* Ekstrak daun semambu.
Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
* Ekstrak bawang putih
Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.
Apa yang pasti semua ramuan untuk kawalan dan pencegahan serangga perosak menggunakan bahan yang mesra alam dan tidak beri kesan kepada pemilik kediaman mahu pun merosakkan pokok .




TIPS : SERANGAN ULAT PADA AKAR POKOK

Bahan: Ubi kentang
Cara: Potong kentang dan letakkan sekitar akar pokok. Biasanya ulat akan beralih dari akar ke kentang, dalam tempoh seminggu masalah berkenaan akan selesai. Boleh gantikan kentang dengan lobak merah atau lobak putih.

TIPS 4 : SERANGAN SIPUT

Bancuhkan kopi pekat - 10 sudu serbuk kopi untuk secawan air dan sembur sekitar tumbuh-tumbuhan atau atas daun. Kafein adalah pembunuh!
Jika ada lebihan kopi,boleh minum !


Menghapus jentik-jentik dari pasu

Bagi mengatasi masalah ini,campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi ke dalam air,nescaya jentik-jentik akan mati.








sumber : http://lamantyra4iskina.blogspot.com/



Kegunaan Hampas Teh

Pada lazimnya serbuk teh yang telah di gunakan akan di buang begitu sahaja. Sebenarnya serbuk teh yang telah di gunakan ini ada faedahnya bagi surirumah yang gemar menanam pokok-pokok hiasan.Di mana ia boleh di jadikan sebagai baja bagi pokok-pokok ini.Anda hanya perlu taburkan serbuk teh ini pada pangkal pokok untuk tempoh seminggu sekali.






SUMBER :

http://lamantyra4iskina.blogspot.com/

perosak tanaman adalah SEMUT



TIPS : Antara perosak tanaman adalah SEMUT

Semut adalah salah satu serangga perosak tanaman atau pokok bunga.Bagi mencegah serangan semut,cubalah anda taburkan serbuk kulit telur yang sudah di jemur dan di tumbuk halus di sekeliling perdu pokok,nescaya semut tidak akan menganggu lagi. InsyaAllah.


Friday, April 11, 2014

SIREH

Sireh merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki). Membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Sifat tabii sireh adalah sejenis pepohon menjalar dan memanjat batang pokok atau kayu junjung diselilingnya. Bentuk daunnya agak bujur (bujur sireh). Daun berukuran diantara 8 sm- 12 sm lebar dan 10sm – 15sm panjang. Sireh sesuai hidup ditanah gembur dengan air yang mencukupi, yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur.
Terdapat hampir 20 atau lebih jenis sireh di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan India Barat diantaranya terdiri daripada beberapa jenis yang umum dikenali seperti:
1) Sireh Melayu (kampung)
2) Sireh Cina (lada)
3) Sireh India (Keling)
4) Sireh Udang (merah)
5) Sireh Hutan (hitam)
6) Sireh Hantu (ubat)

baca seterusnya di sini 

Saturday, April 5, 2014

Montreal (Canada) - Biodome and Botanical Garden, July 2013

PUDING SUSU PANDAN

Bahan :

600 ml air( saya tambah 100ml air)
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara membuatnya :

Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.

Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.

Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.

Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

sumber : yatiememories.blogspot.com


AYAM KEMANGI RESEPI

Recipe by Baby Sumo

Preparation time: 30-40 minutes
Cooking time: 30-40 minutes
Serves 2-3

For the chicken
400g chicken breast meat, whole (about 2 pieces)
900ml water (or enough to cover the meat)
4-5 drops of sesame oil
1 Japanese cucumber, sliced thinly (to garnish)

For the soup
3 Chinese leaf cabbage, cut into 3 cm pieces
Salt, to taste
Coriander, to garnish

For the ginger-Thai basil dipping sauce
120g old ginger, finely grated
25g Thai basil, leaves only, finely chopped
1 shallot, finely chopped
8 cloves garlic, finely chopped
6 tbsp cooking oil
4 drops sesame oil
3 cili padi
3 tbsp light soy sauce (or more, to taste)

http://goodyfoodies.blogspot.com/2012/10/recipe-poached-chicken-with-ginger-thai.html · 


Wednesday, April 2, 2014

MEMBACA JAMBATAN ILMU




The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” 

― Dr. Seuss 


POKOK PERIUK KERA

Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.


Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).-

Dikalangan kumpulan orang asli Semelai, satu dari hidangan istimewa mereka adalah pulut yang dimasak di dalam kantung periuk kera


WIKIPEDIA 






Tuesday, April 1, 2014

QURAN ADALAH KHAZANAH


QURAN adalah penawar buat mereka yang insaf....Ayat-ayat Quran berkaitan dunia tumbuhan,pertanian.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhoan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."

surah al-Baqarah

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya. Inilah perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya kerana RIAK, membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain, dan menyakiti hati orang."

surah al-Baqarah

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."

surah Al-An'aam

"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

surah Al-An'aam

"Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

surah Ar-Ra'd

"Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang laki-laki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikit pun dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu, dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika ia bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat".

surah al-Kahfi

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit). dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami). Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan, dan pohon kayu ke luar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan."

surah al-Mukminun

"Sesungguhnya Kami telah menguji mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil) nya di pagi hari dan mereka tidak mengucapkan: "Insyaa Allah", lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur, maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gelita, lalu mereka panggil memanggil di pagi hari

"Pergilah di waktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya". Maka pergilah mereka saling berbisik-bisikan. Pada hari ini janganlah ada seorang miskin pun masuk ke dalam kebunmu". Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka mampu (menolongnya).

Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan) bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)". Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"

Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim" Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas". Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita. Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui."

surah al-Qalam

Buah Tiin -buah disebut dlm Quran

Buah Tiin -buah disebut dlm Quran

Manfaat Buah Tin :

Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti) .
Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.
Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.

Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.

Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.

Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.

Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.

Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.

-Muhamad Khalaf ·





ASAM REBUS BATANG KELADI..



Bahan-bahannya:

Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong
3 batang cili merah
5 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
sedikit belacan
secekak daun kesum
air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.
2. Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.
3. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama air asam jawa dan air ikut citarasa masing-masing.
4. Masak hingga mendidih. Masukkan batang keladi celur bersama daun kesum.
5. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.

CIKGU GOOGLE


Monday, March 31, 2014

How to Plant Apple Seeds in a Pot : Garden Seed Starting

How to Grow Apple trees from Seed

Jom tanam epal








Beli apples kat supermarket.....kupas, makan isinya ....kumpul biji....lembabkan paper towel (tissue paper pun boleh) .... paper towel lembab ni alaskan pada dasar tupperware...letak biji atas paper towel lembab ...satu lapis lagi paper towel lembap di atas biji benih (biji benih antara 2 towel lembab tu).....tutup tupperware...letak dlm peti sejuk ....check dari masa ke masa supaya towel sentiasa lembab....biar dalam peti sejuk sampai akar tumbuh ....dalam masa 20 hari keatas akar akan mula keluar insyaa Allah....tanam benih dalam pasu......

SUMBER : 

https://www.facebook.com/azmi.kamis.37




Wednesday, January 22, 2014

Khasiat sayuran dan ulaman - Bendi & Seleri

Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis sayuran. Banyak jenis sayuran dari merata dunia telah dibawa masuk ke negara kita namun sayuran tempatan masih lagi terletak di tempat teratas. Sayuran tempatan mengandungi khasiat yang tinggi dan penting untuk keperluan aktiviti tubuh. Sayuran tempatan terutamanya dalam kategori ulam-ulaman sebenarnya bukan sahaja sebagai pembuka selera malah ada yang menjadi penawar berkesan serta sumber makanan yang amat berkhasiat. Antara contoh sayuran tempatan yang terkenal ialah timun, peria, bendi, seleri, asparagus, kacang botor, pegaga, dan sebagainya.
Bendi

Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Seleri
Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.
Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing.

Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan dan huraian di atas menunjukkan sayuran dan ulaman tempatan mempunyai khasiat yang tinggi untuk keperluan manusia. Sayuran ini juga mudah di tanam dan ada sesetengahnya tumbuh secara semulajadi disekeliling rumah kita. Kesihatan tubuh badan amat penting untuk membolehkan kita bergerak aktif menjalankan aktiviti harian. Walaupun terdapat banyak sayuran yang diimport dengan pelbagai bentuk, rasa dan rupa tetapi sayur ulaman tempatan masih mendapat tempat utama di pasar tani, pasar malam, dan pasar minggu. Di hotel-hotel kelas tinggi juga ulaman dihidangkan sebagai penambah selera pelanggan. Sayuran ulaman bukan sahaja sebagai pembuka selera tetapi menjadi penawar kepada segala jenis penyakit yang merbahaya.

Rujukan
Ramli Abdul Samad. 1997.
Khasiat petai dalam perubatan tradisional. Majalah Kosmik, Jun: 48-49.
Dr. Ong Hean Chooi. 1997.
Nutrien dalam tumbuhan penting untuk tubuh. Majalah Kosmik, Disember: 36-37.
Dr. Ong Hean Chooi. 1998.
Sayuran tempatan mempunyai khasiat lebih bernilai. Majalah Kosmik, Januari: 38-39.
Rahana MD. 1997.
Cili pedasnya menyengat. Wanita, September: 122-124.
Mastika. 1997.
Tips kesihatan. Jun: 24-25.

KOPIPES 


Monday, January 20, 2014

How to Cut the Roots of Roses So They Grow

by Julie Richards, Demand Media


Roses are generally propagated through grafts and cuttings. You can grow a rose bush from a piece of a stem, known as a stem cutting. Or you can grow a bush from a section of the existing root system, known as a root cutting. The cutting makes an exact clone of the parent plant. If your rose bush is one variety grafted onto another variety, the root cutting will produce a rose bush that may be very different from the one growing in your garden.


1. Remove the soil covering the root ball of the rose bush with care using a spade. Brush the root ball with your gloved hand to remove the debris and dirt from the roots. It is not necessary to dig up the entire shrub to gather two or three root cuttings.

2

Choose a root that is the thickness of a pencil or slightly thicker. Make a straight cut at the top of the root, or the proximal end. Cut the bottom, or distal end, at an angle. You can easily identify one end from the other with these two cuts.

3

Fill a growing container with potting soil and water the soil well. Allow the container to drain so the soil is not saturated when you plant the cuttings. Make a shallow trench in the soil and lay the cutting horizontally in the trench.

4

Cover the root cutting with about an inch of soil and water slightly. Cover the growing container with a piece of plastic film or slip the container into a clear bag. Mark the container with the name of the rose cultivar. Set the container in a warm, bright location.

5

Check the soil every two or three days for moisture. Do not allow the soil to dry out. A root cutting will die in dry soil. After about four to six weeks, check for any sprouts that may be growing. Take off the plastic if there are sprouts.

6

Grow the new rose plant in the container for the remainder of the year, if possible. You may need to transplant it into another container before spring. Keep the rose watered and free from drafts. Fertilize with a general-purpose houseplant fertilizer at half strength until you transplant the shrub outdoors.

Things You Will Need

  • Spade
  • Garden gloves
  • Pruning shears
  • Growing container
  • Quality potting mix
  • Permanent marker
  • Clear plastic film

Tip

  • Rose bush root cuttings are taken when the bush is dormant or as close to the dormant season as possible.

Warning

  • It is important to know the polarity of a cutting when working with plants. If you try to root a stem cutting upside down, it will most likely rot. Very large root cuttings are placed vertically in the soil and can suffer damage when planted the wrong way.
http://homeguides.sfgate.com/

How to Propagate Roses from Cuttings - 3 Simple Methods to Propagate the...

How to Propagate Roses from Cuttings - 3 Simple Methods to Propagate the...

How To Make Rainbow Roses

JOM MAKAN BUAH