Monday, May 5, 2014

SERANGAN KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH


Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil)
Cara: Semburkan pada daun
Alternatif:
* Ekstrak daun semambu.
Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
* Ekstrak bawang putih
Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.
Apa yang pasti semua ramuan untuk kawalan dan pencegahan serangga perosak menggunakan bahan yang mesra alam dan tidak beri kesan kepada pemilik kediaman mahu pun merosakkan pokok .




No comments:

Post a Comment