Monday, May 5, 2014

Cara menanam cili padi/cili kampong

CARA-CARA MENYEMAI

1. Dapatkan benih cili padi dengan membeli anak benih dari kedai atau tanaman yang sedia ada.

2.Cili padi tersebut hendaklah di kering kan terlebih dahulu dengan cara di jemur di bawah cahaya matahari.

3.Setelah kering cili tersebut hendaklah dipecahkan untuk mengeluarkan bijinya dan kemudian direndam didalam air lebih kurang 4 jam .

4.Kemudian ianya di toskan dan dikeringkan di kawasan yang teduh dan kemudian di biarkan selama 2 hari supaya ianya betul-betul kering dan disimpan didalam bekas yang kedap udara seperti botol yang bertutup.

5.Dapatkan tanah bakar yang telah di simpan selama seminggu(ini perlu kerana tanah bakar yang baru akan mengakibatkan pokok tanaman menjadi kering kerana ianya masih panas)

6.Dapatkan baja organik dan tanah pasir(baja organik terdiri dari baja asli seperti tahi ayam,itik atau lembu)

7.Sediakan bekas untuk penyemaian biji benih dengan mendapatkan bekas seperti tin minyak yang telah dibelah 2 dan ditebuk di bawah permukaanya(tin perlu ditebuk menggunakan paku untuk mendapatkan permukaan yang berlubang supaya air dapat mengalir keluar semasa proses penyiraman biji benih).

8.Bahan seperti tanah bakar,baja organik dan tanah pasir hendaklah dicampurkan didalam bekas tadi dan kemudianyan disiram supaya ianya lembap(campuran tersebut mengikut nisbah 1:1:3 )

9.Biji benih yang telah disediakan hendaklah ditabur dipermukaan tanah tersebuh dan kemudianya di siram tiap-tiap hari dan hasilnya akan nampak setelah seminggu.

CARA MENANAM

1.Biji benih yang telah tumbuh itu hendak lah di biarkan selama 1 bulan di dalam bekas semaian sehingga mencapai ketinggian 150cm atau 6 inci.

2.Kemudian iaya hendaklah dipindah kan kedalam polybag yang di isi dengan campuran seperti penyediaan tapak semaian,setelah dipindahkan ianya hendaklah disiram setiap hari sehingga dewasa dan kemudianya barulah dipindahkan ke kawasan tanaman atau kedalam pasu besar.

3.Cili padi adalah sayuran yang perlu untuk semua masyarakat dalam penyediaan makan harian mereka oleh itu disamping untuk keguaan sendiri kita juga boleh memasarkanya untuk pendapatan sampingan.


KOPIPES : www.ridzalmersing.com


SERANGAN KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH


Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil)
Cara: Semburkan pada daun
Alternatif:
* Ekstrak daun semambu.
Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
* Ekstrak bawang putih
Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.
Apa yang pasti semua ramuan untuk kawalan dan pencegahan serangga perosak menggunakan bahan yang mesra alam dan tidak beri kesan kepada pemilik kediaman mahu pun merosakkan pokok .




TIPS : SERANGAN ULAT PADA AKAR POKOK

Bahan: Ubi kentang
Cara: Potong kentang dan letakkan sekitar akar pokok. Biasanya ulat akan beralih dari akar ke kentang, dalam tempoh seminggu masalah berkenaan akan selesai. Boleh gantikan kentang dengan lobak merah atau lobak putih.

TIPS 4 : SERANGAN SIPUT

Bancuhkan kopi pekat - 10 sudu serbuk kopi untuk secawan air dan sembur sekitar tumbuh-tumbuhan atau atas daun. Kafein adalah pembunuh!
Jika ada lebihan kopi,boleh minum !


Menghapus jentik-jentik dari pasu

Bagi mengatasi masalah ini,campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi ke dalam air,nescaya jentik-jentik akan mati.








sumber : http://lamantyra4iskina.blogspot.com/



Kegunaan Hampas Teh

Pada lazimnya serbuk teh yang telah di gunakan akan di buang begitu sahaja. Sebenarnya serbuk teh yang telah di gunakan ini ada faedahnya bagi surirumah yang gemar menanam pokok-pokok hiasan.Di mana ia boleh di jadikan sebagai baja bagi pokok-pokok ini.Anda hanya perlu taburkan serbuk teh ini pada pangkal pokok untuk tempoh seminggu sekali.






SUMBER :

http://lamantyra4iskina.blogspot.com/

perosak tanaman adalah SEMUT



TIPS : Antara perosak tanaman adalah SEMUT

Semut adalah salah satu serangga perosak tanaman atau pokok bunga.Bagi mencegah serangan semut,cubalah anda taburkan serbuk kulit telur yang sudah di jemur dan di tumbuk halus di sekeliling perdu pokok,nescaya semut tidak akan menganggu lagi. InsyaAllah.