POKOK BUAH SAYUR DAUN BUNGA AKAR BATANG
Tuesday, January 3, 2017
Thursday, November 3, 2016
Cara Budidaya Buah Durian Montong Agar Berbuah Lebat
Nikmatnya Duren Montong Sukarame Lampung Barat
Cara Budidaya Buah Durian Montong Agar Berbuah Lebat
Wednesday, March 16, 2016
PETUA
BACA 3 QUL,KEMUDIAN BACA AYAT QURSI 7 KALI ,KEMUDIAN
BACA ayat 9 SURAH YAASIN 40 KALI DAN KELILING KEBUN ...
INSYA-ALLAH MEREKA YANG MENCURI ,TIDAK MENEMUI JALAN KELUAR .
JIKA MEREKA MENCURI MALAM,KITA AKAN BERTEMU MEREKA PAGI NANTI DENGAN IZIN ALLAH ....
DAH JUMPA,JANGAN LANYAK PENCURI...TANYA DULU KENAPA MENCURI ?
JIKA JAWABNYA NAK BAGI ANAK BINI MAKAN ,SEDEKAH SHJ...NAMUN JIKA NAK KAYA SENANG,HUBUNGI POLIS ..
ADA SEBUAH KISAH BENAR BERLAKU ,PENCURI MASUK KE RUMAH DAN HAIRAN KERANA MEREKA MELIHAT KELILING ADA TEMBOK BATU SPT PENJARA DAN AKHIRNYA PENAT DAN TERTIDUR....
BILA MEREKA TERJAGA ,TANGAN DAN KAKI SUDAH DIIKAT DAN BASAH DISIMBAH AIR SEBAB TIDUR MATI !
TIPS INI TIDAK BERGUNA BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU DAN MUNAFIK ....WALLAHUA'LAM.....
http://www.mynewshub.cc/2016/02/26/189067/
BACA ayat 9 SURAH YAASIN 40 KALI DAN KELILING KEBUN ...
INSYA-ALLAH MEREKA YANG MENCURI ,TIDAK MENEMUI JALAN KELUAR .
JIKA MEREKA MENCURI MALAM,KITA AKAN BERTEMU MEREKA PAGI NANTI DENGAN IZIN ALLAH ....
DAH JUMPA,JANGAN LANYAK PENCURI...TANYA DULU KENAPA MENCURI ?
JIKA JAWABNYA NAK BAGI ANAK BINI MAKAN ,SEDEKAH SHJ...NAMUN JIKA NAK KAYA SENANG,HUBUNGI POLIS ..
ADA SEBUAH KISAH BENAR BERLAKU ,PENCURI MASUK KE RUMAH DAN HAIRAN KERANA MEREKA MELIHAT KELILING ADA TEMBOK BATU SPT PENJARA DAN AKHIRNYA PENAT DAN TERTIDUR....
BILA MEREKA TERJAGA ,TANGAN DAN KAKI SUDAH DIIKAT DAN BASAH DISIMBAH AIR SEBAB TIDUR MATI !
TIPS INI TIDAK BERGUNA BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU DAN MUNAFIK ....WALLAHUA'LAM.....
http://www.mynewshub.cc/2016/02/26/189067/
KEMANGI VS SELASIH
Nama Tempatan: Kemangi
Nama Saintifik: Ocimum sanctum Linn
Nama Lain: Cemangi
Famili: Lamiaceae /Labiatae
Kegunaan
Tumbuhan ini beraroma dan banyak digunakan dalam
masakan. Ia juga digunakan dalam
perubatan tradisional.
Air rebusan daun kemangi diminum untuk menangani masalah
pernafasan, batuk dan bronkitis yang kronik. Kaedah yang sama juga digunakan
untuk merawat masalah gastrik. Untuk asma pula jus dari daunnya diminum.
DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum) merupakan sejenis
tumbuhan dari keluarga LAMIACEAE yang digunakan untuk tujuan perubatan dan
penghasilan ekstrak minyak. Tumbuhan ini mempunyai 50-60 jenis yang mana
berbentuk renek berasal dari kawasan Asia (iaitu India) yang digunakan didalam
masakan India, Asia Tenggara serta Eropah sebagai tumbuhan yang mempunyai
perisa ‘Mints’. Tumbuhan ini juga di panggil sebagai Basil, Common basil, Sweet
Basil, Lemon basil (English), Habaq (Arab), Luo Le (China), Babui Tulsi; babul
(India), Bajiru; Mebouki (Jepun), Daun kemangi; Kemangi,; Selasih Hijau
(Melayu), Ruku-ruku (Indonesia), Horapa (Thailand) dan Reu Tia (Vetnam).
Tumbuhan ini hidup di kawasan tropika dari Australia sehingga Amerika Tengah.
Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat
dalam “Anim Agro Technology” mengenai satu teknologi tanaman kemangi
berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan kajian persendirian.
Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam
permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih
bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi. Kebanyakannya digunakan
sebagai herba berguna untuk perubatan. Kajian saya mendapati dari beberapa
rujukan setiap 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g
karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294
microgram), Vitamin C (18 mg), Vitamin E
(0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148
mg), P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn
(0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain.
kandungan pelbagai unsur ini menyebabkan daun kemangi mempunyai nilai
yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan.
Penanaman
Penanaman daun kemangi dijalankan kebanyakannya dalam pot
atau bekas tanaman untuk kegunaan sendiri tetapi kini telah ada usaha untuk
menanam daun kemangi bagi tujuan penghasilan komersial terutama untuk
menghasilkan ekstrak minyak daun kemangi. Tumbuhan Kemangi adalah jenis herba
renek yang mempunyai daun berwarna hijau bersaiz purata 1 cm panjang berbentuk
plonjong panjang dan oval. Batangnya bersegi dan banyak cabang serta agak
berbulu untuk sesetengah spesis. Kebanyakan daun kemangi yang terdapat di
malaysia adalah berwarna hijau sepenohnya walau pun dibeberapa negara lain ada
yang daunnya berwarna ungu kehijauan.
Bunganya berbenutuk terbuka dengan mempunyai kelopak dan petiol yang
jelas dibahagian pucok. Pendebungaan boleh berlaku secara bersilang kerana
bunganya adalah terbuka.
Khasiat pokok kemangi
Penanaman pokok daun kemangi adalah mudah dengan
menggunakan biji benih yang dihasilkan dari pokok yang cukup matang. Kelongsong
buah yang mengandungi biji benih akan berwarna coklat gelap apabila cukup masak
dan bijinya boleh dikutip. Pilih biji daripada pokok yang bermutu tinggi sepeti
mempunyai daun yang lebar, bau yang kuat, tahan serangan penyakit dan juga dari
pokok yang tidak tercemar dengan bahan logam berat atau racun. Semai biji daun
kemangi diatas pot atau bekas tanaman yang mengandungi tanah yang telah
dicampur dengan baja organik. Jika inigin menanam terus diatas tanah pastikan
kawasan tidak mudah tenggelam atau mempunyai saliran yang baik.
Biji benih pokok kemangi
Benih yang disemai
akan tumbuh beberapa hari setelah disiram dengan air dalam bekas atau dalam
tanah. Pastikan mendapat cukup air kerana pokok akan mudah layu tanpa air yang
mencukupi. Pokok kemangi yang berumur lebih 2.5-3 bulan dengan daun yang banyak
boleh di kutip bahagian pucuk untuk dijadikan ulam atau tunggu sehingga pokok
matang dan berbunga untuk di proses mendapatkan ekstrak minyak. Tanaman kemangi
tidak banyak menghadapi masallah serangan serangga perosak dan penyakit. Peringkat awal penanaman cuma terdapat
serangan Layu Anak Benih disebabkan oleh Phytium spp dan peringkat dewasa
terdapat kemungkinan serangan layu akibat serangan kulat Fusarium spp. Terdapat
juga kadang-kadang serangan ‘Grau mold’ yang disebabkan oleh Botrytis cineria
dan serangan Bintik Hitam oleh Kulat Collectotricum spp pada daun dan batang.
Pembajaan.
Dari segi pembajaan sebaikanya gunakan baja-baja asas
organik dan elakkan menggunakan baja kimia. Jangan menggunakan racun untuk
mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit. Adalah digalakan agar tanaman
daun kemangi dibuat dengan teknologi Penanaman Organik. Buang dan musnahkan
pokok yang diserang dengan penyakit dan musnahkan. Oleh kerana tumbuhan ini
mempunyai nilai khasiat yang sangat baik maka wajar diberikan perhatian untuk
produk organik. Amalan yang lazim untuk sistem pembajaan adalah dengan
menggunakan baja kompos, baja organik proses dan kaedah Natural farming (NF).
Khasiat..
Penggunaan daun kemangi ini ada yang makan segar daripada
pucuk muda atau dikisar dijadikan jus minuman atau di proses dengan mengekstrak
untuk dikutip minyak (terutama dari bahagian biji). Ramai masyarakat di
Indonesia, Thailand, Laos, Filipina dn Vietnam memakan pucuk daun kemangi sebagai
ulam atau sebagai ramuan dalam masakan harian. Pucuk muda juga sedap untuk
dibuat kerabu, masak dengan ikan dan sebagainya. Kesannya daun kemangi dapat
menghilagkan bau mulut, meningkatkan peredaran darah, mengilangkan kembung
perut pada kanak-kanak dan banyak khasiat lagi. Kaedah paling mujarab
menggunakan daun kemangi adalah dengan mengisar (blender) daun kemangi dengan
air dan diminum. kaedah ini membantu masaalah sakit perut, musnahkan cacing
dalam perut, menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.
Kajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari
kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun
kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi
khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak sangat baik sehingga mampu
bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan
lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala,
menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna
adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan
khasiat daun kemangi akan meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan
meningkatkan lobido.
http://www.khasiatherba.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)